Friday, December 16, 2011

Sampai jgk akhirnya...

Gambar konvo dah sampai...lpas 2 bulan tunggu tak sampai rasa macam nak maki je studio tempat cik ely ambik foto tu.Alhamdulillah masa tak ada sesape kat kampung masa tu jgk la die sampai, nasib la pakcik jiran sebelah rumah tolong simpankan..
Nak bandingkan antara gambar ambik scroll kat pentas ngan gambar studio lagi cantik gambar kat studio..nak tengok tak...
Gambar ngan parents, n family kak nani...


nape ngan muka saya ni..nape tak senyum???

Gambar masa ambik scroll tak payah la tunjuk..nanti je la.Untuk next entry..

Thursday, July 21, 2011

KeNaNgAn...

Tiba-tiba rasa semangat untuk bercerita pengalaman waktu ujian memandu 19 Julai 2011 yang lepas.

Pukul 8.30am dah keluar dari rumah. Ejen kepada sekolah memandu yang cik ely pergi ni, dia lah yang uruskan semua termasuk pengangkutan dan uruskan lesen ni. Masa tu ada lagi 2 orang kawan yang sama-sama ambik test hari tu.

Kami pun sampai la kat sekolah memandu Prolifik Teknik. Masa tu dah ramai jugak la yang dah sampai sama-sama nak ambik test tu. Ejen suruh Cik ely dan kawan yg lagi 2 orang tu pergi pejabat. So, kami pun beratur la. Cik ely beratur bahagian belakang sekali, supaya tak ada la kena test awal-awal kan. Tiba giliran cik ely 'Suhaieli bt Samsudin, giliran nombor 2 ye.' Alamak, cik ely kena nombor '2' la. Cik ely tiba-tiba jadi gabra tahap menggigil kepala lutut ni. Punya lah mengharap dapat giliran yang tengah-tengah pun ok jugak. Tapi ni sebalik nya...

Waktu pergi tempat menunggu, semua orang kat situ muka masing-masing kelat. Yelah, takot punye pasal. Tak lama lepas tu, kerani pejabat susun kami yang nak ambik test ni ikut giliran. Dah cik ely kena yang awal ha kena lah duduk kat barisan hadapan sekali. Siap gantung kad nombor '2' kat leher lagi. Tunggu punya tunggu, sampai lah jugak pegawai2 JPJ. SERIUS! macho, tinggi, dan yang penting tak ada misai lentik. OK.Relaks dulu. Dipendekkan cerita, lepas je 'briefing' oleh ketua, giliran nombor 1,2,3 dipanggil. Ujian pun dimulakan, masuk je kereta terus buat ape yang cikgu suruh selama cik ely belajar memandu sebelum ni.

Ujian Bukit : Atas bukit tu, cik ely tengok tayar. Nasib lah tayar masuk dalam garisan kuning, Pegawai JPJ pun terus suruh cik ely jalan. Alhamdulillah, lepas satu ujian.
Ujian Parking dan Tiga Penjuru : Lulus semua.

Waktu ujian jalanraya pun sama jugak, pegawai JPJ tu suruh cik ely biasakan dengan kereta ni. Ikut kan ujian jalanraya ni ada jalan A dan B. Tapi pegawai JPJ tu suruh cik ely ikot jalan shortcut. Memang tak pernah lalu pun jalan ni, sebab sepanjang cik ely belajar memandu, dah biasa Jalan A dan B. Relaks je jalan tu sebab tak banyak songeh sangat.

Markah cik ely 17/20 je. Markah lulus 16/20. Cik ely lebih satu mata je.

Wednesday, June 22, 2011

HaRi-HaRi YaNg meMbOsAnKaN...

Tengok TV, makan, tidur. Biasalah tu rutin harian orang yang tak bekerja macam aku ni. Menempuh hari-hari yang amat membosankan. Ini semua sebab 'L' aku tak siap lagi. "haishh..dah sebulan ni,agen aku x inform ape2 lg bile leh mule blajo drive ni". Kalau bukan disebabkan nak dapatkan 'L' ni lah, mesti sekarang ni aku dah bekerja kan. Sekurang-kurangnya ada jugak duit masuk. .